Site icon RELATE

A journey and a new start

 

Aku terkedu bila mendapat message di phone aku. Message dari sahabat baik aku menghentam aku dan mengingatkan aku kenapa hidup aku ni tak guna di hantar bertubi-tubi sampai kemurungan aku yang aku berjaya kawal selama beberapa hari ni terus terganggu.

Aku dah cuba kawal mental dan emosi aku yang rapuh akibat banyak faktor.

“Cacat. Mental. Gila. Semua orang benci kau. Aku dah kata jangan cari pasal dengan aku. Tapi kau? Fuck!” dia terus menghina aku, membanjiri minda aku dengan kebencian dia walhal aku membalas dengan nada sarkasme – sejujurnya kau langsung tak mahu bergaduh.

Tapi aku penat. Aku penat dipijak, dipandang serong, tidak difahami oleh sahabat-sahabat aku sendiri. Penat aku cuba jadi sahabat terbaik dalam situasi aku yang mengalami mental breakdown dan cuba merawat diri sebaik mungkin.

I am fucking trying. but everybody is just fucking testing me.

“Kau tunggu, aku akan balik dan akan campak kau dari bangunan ni” dia menulis message kepada aku. Aku tidak pandang remeh ugutan dia, sebab dia pernah mengugut aku dahulu untuk mengambil besi dan menghancurkan muka aku, selain bersumpah untuk menghancurkan hidup aku di media sosialnya ; tak sangka dia betul-betul teruskan dengan plan dia untuk menghancurkan hidup aku.

Apa yang aku buat sampai dia benci aku macam ni? Bukan aku sahabat dia ke? Aku dah zahirkan yang aku sayang dia. Aku sayang dia macam abang-adik-saudara sendiri.

Aku terus pecut ke dapur untuk dapatkan pisau ; bukan untuk membunuh dia atau apa, tapi sekadar untuk pertahankan diri aku dari serangan dia bila dia kembali ke rumah sewa kami. Aku takut, aku takut yang teramat. Anxiety aku bercampure dengan depression aku dah membuat aku tak mampu berfikir lurus. Aku kunci pintu dan letak kerusi dekat tombol pintu untuk pastikan tiada siapa boleh masuk.

Phone aku terus berbunyi, message masuk tak henti-henti. Dari dia, dan dari sahabat-sahabat lain yang risau akan keadaan aku.

“Aku dah lama tak puas hati dengan kau, dengan semua benda yang kau buat. Selama ni aku tahan je, tapi kau ni melampau!” Aku membaca dan aku terkebil-kebil mata aku, apa benda lagi yang dia tak puas hati? Aku selama ni baik, penyayang dan cuba memahami selain menjadi kawan baik dia kot?

Aku teringat yang dia ada cakap, dan Salim ada cakap yang aku ni sebenarnya manipulative dan abusive.

Macam mana yang aku manipulative dan abusive sedangkan aku selama ni compromise diri aku untuk orang lain, turunkan ego aku untuk menyelamatkan hubungan dan hormati perasaan, fikiran mereka walaupun aku tak setuju… kalau nak fikir balik tindakan mereka yang kekadang melampau; macam ugut bunuh, menghina, menghentam pintu, dan sebagainya… tak terfikir ke implikasi dia terhadap aku? atau orang lain? Kalau aku tidak seperti aku – dan aku layan mereka seperti mana mereka layan aku…

Sanggup kah mereka terima aku, seperti mana aku terima mereka?

“Mak bapak kau mesti benci kau dalam hati diorang sebenarnya. Tengok kawan baik kau, Salim dan Fatimah ; apa jadi dengan diorang? Ada diorang kawan dengan kau sekarang? HAHA.” Dia sudah mula untuk menghentam dengan ayat-ayat yang memang mampu menghancurkan kewarasan aku. “Kau ingat Salim sayang kau? TOLONG LAH! Dia benci kau. Dia bagitahu aku dan semua orang dia benci kau, dengan kau mengedik, pegang-pegang badan dia, cuba tarik perhatian dia semua. You’re nothing, you’re useless!”

Aku mula menangis. Air mata aku turun seolah hujan lebat, persis dengan keadaan minda aku yang mula menjadi ribut dan bising dengan kata-kata negatif kawan baik aku itu. Aku tak mampu lagi kawal tsunami, gempa bumi, ribut petir dalam minda aku. Badan aku mula rasa sakit perit akibat mental breakdown. (Ya, Depression dan anxiety akan bagi kesan teruk kepada physiology seseorang – antara dia adalah rasa kebas, tak mampu rasa apa-apa; atau rasa sejuk dan sakit seluruh badan – selain sistem immunity badan kau terus terganggu akibat mental health issues kau hadapi)

“Kau cakap dekat aku, dekat semua orang seolah-olah kau ni hebat, kau ni segalanya – padahal kau tu lemah, kau cakap bajet hebat untuk menyembuhkan dan menihilkan kehancuran hati kau dengan keadaan kau dengan Salim! Bodoh! Fatimah sendiri kata dekat aku dia benci kau! Perangai kau tu!”

Aku tanpa fikir, terus hantar message kepada Fatimah ; yang baru kenal “kawan baik” aku ni untuk beberapa minggu – lebih kurang sebulan setengah tapi telah menjadi rapat dengan Faizal ; kawan baik aku yang sanggup bercakap demikian kepada ku.

“Fatimah, tengok “kawan baik” kau ni, tengok apa dia cakap.” Aku hantar message kepada dia, dengan screenshots perbualan antara aku dengan Faizal.

“Kau dah buat salah besar Syafiq, kau dah buat salah besar bila kau buat Faizal Marah. Dia lah kawan sebenar kau. Aku dah cakap jangan kisah tentang Salim dah, tapi kau tak nak dengar. Orang lain benci kau, Faizal je yang pertahankan kau tahu tak?”

Pada saat itu, mentaliti aku terus hancur umpama kaca yang jatuh ke lantai.

Aku ingat lagi dahulu Fatimah pernah dengar keluhan aku terhadap perbuatan dan perangai Faizal dengan aku, Fatimah dengan teguhnya bersumpah “Berani Faizal lakukan apa-apa dekat kau? Dia sentuh kau terus aku akan hancurkan hidup dia”

Ironis, sekarang Fatimah memberi thumbs up dan angguk dengan perbuatan Faizal yang menghina aku, keluarga aku, keadaan mental aku dan segala sesuatu.

“Fatimah, dia tengah hancurkan hidup aku.. kenapa kau tak ingat apa yang kau cakap dekat aku dahulu? Kita kenal dah bertahun-tahun, kau baru je kenal dia.. kenapa kau bodoh sangat percaya dia bulat-bulat macam aku yang percaya dia sampai tak sangka dia sanggup khianati aku?”

“Kau yang bersalah. Pergi minta maaf dekat dia”

Pada masa yang sama, Faizal terus message aku

“Kau ingat Fatimah tu kawan kau lagi ke? Dia bagitaw aku lah apa yang kau bagitaw dekat dia! Kau ingat orang akan pertahankan kau? Tolonglah! Kau tu sampah!”

Aku yang menangis kesedihan menjadi marah dengan kemarahan yang tiada batasnya, lalu aku message Fatimah kembali “Fatimah. Mulai saat ini aku taknak ada kaitan dengan kau, aku tak akan maafkan perbuatan kau, aku tak mahu langsung cakap dengan kau, mahupun tengok muka kau. Sampai hati kau Fatimah.. sampai hati kau.”

“Kau ni dah kenapa? Gila?” Fatimah herdik aku.

“Kau boleh pergi mampus boleh tak? Jangan message aku dah! PERGI MAMPUS!” aku ambil pisau yang aku curi dari dapur tadi dan cucuk Teddy bear pemberian Salim untuk hari jadi aku sebab kemarahan aku dan kekeliruan aku terhadap situasi itu membuat aku marah. Aku melempar segala sesuatu yang ada kaitan dengan Faizal, Salim, atau Fatimah sekitar bilik aku. Aku lempar, aku menjerit, aku menangis.

Hati aku hancur sehancur-hancurnya.

Dua minggu lepas, aku dimarah Faizal dan terus dihantar message kepada aku yang kata dia seorang sahaja yang lindungi aku bila kawan-kawan lain membenci aku dan ingin aku keluar dari circle mereka. Dia sambung dengan menyatakan Salim, kawan baik aku, membenci aku sebenci-bencinya.

Aku sedar yang hubungan aku dengan Salim, dan ramai orang terganggu – dan aku cuba sedaya upaya untuk jadi terbaik. Aku cuba. Aku sayang semua kawan-kawan aku, aku sayang Salim, Aku sayang Faizal, aku sayang — tapi, sayang tu bertepuk sebelah tangan atau bagaimana?

Mungkin itu sumpah seorang yang mengalami BPD; kami rasa semua dengan penuh intensiti, kalau sedih, kami sedih sangat. Kalau gembira, kami boleh terbang ke awan, kalau murung – boleh sampai rasa nak mati dan nak cederakan diri sebab nak rasa sesuatu selain “kesakitan” yang dialami dalam minda dan hati. Hidup kami yang alami BPD ni seperti naik roller coaster.

BPD selalunya akan ada “Favourite Person(s)” yang menjadi anchor mereka untuk kawal perasaan, emosi, mentaliti dan jadi elemen untuk mereka jadi lebih baik; tapi bukan selalu berjaya dan bukan selalu hubungan co-dependant macam ni adalah sihat.

Aku hidup dalam paranoia, dan dalam kekeliruan, tapi aku teruskan juga kehidupan seolah-olah aku hidup seperti biasa tapi setiap hari hidup dalam kesakitan yang teramat, dan rasa seolah-olah mati lebih baik dari terus hidup dalam kesakitan kemurungan sebegini, rasa seolah-olah semua orang membenci aku.

Aku capai phone aku.. mata aku dah bengkak dengan sebab menangis, tangan aku sakit sebab tumbuk dinding, dan sebagainya. Aku cuba potong nadi aku tapi aku hanya buat separuh jalan.

“Mama, maafkan Syafiq. Syafiq sayang mama. Jaga abah elok-elok ya? Nanti kita jumpa di alam lain ya? Jangan sedih tau? Goodnight.” Aku hantar message kepada bonda aku yang tersayang. Ucapan terakhir aku.

“Linda, aku tak tahan hidup. Maafkan aku. Aku sayang kau sangat. Jaga diri baik-baik ya?” Aku message Linda, sahabat karib aku selain Salim yang aku sayangi. Kami umpama trio sekepala dalam dunia aktivisme.

“Zaharah, maafkan aku, aku tak tahan menderita macam ni. Goodnight.” Zaharah, adik angkat aku.

“Nasrullah, jaga isteri dan anak kau, Hussein elok-elok ya? Aku sayang kau”. Nasrul, kawan baik aku yang sangat prihatin tentang aku semenjak dua-menjak ni.

Aku selesai message orang-orang yang aku sayangi. I want to go. This is it.

Aku tak mampu tahan lagi kesakitan kemurungan aku sehingga aku membuat cocktail ubat-ubat anti-kemurungan aku, Panadol 10 papan, ubat anti-allergic, anti-gastric, anti-depressant dan setiap ubat yang aku aku jumpa dalam bilik aku. Aku ambil air dan terus minum sambil telan ubat-ubat itu seolah-olah aku makan nasi.

Aku menghiris tangan aku dengan gunting sehingga berdarah lengan tangan aku belah kiri yang hampir sembuh dari hirisan tangan sebulan lepas semasa aku cuba membunuh diri untuk kali pertama sebulan lepas akibat silent treatment oleh kawan-kawan baik aku, dan kata-kata kejam yang membuat aku yang sudah alami kemurungan teruk menjadi catatonic. 

Aku menangis, tapi tak mampu menghentikan kesedihan, kemarahan, kekeliruan dan kesakitan yang aku rasa. Aku nekad. Selamat tinggal dunia.

Kemudian aku message Salim untuk mencari ketenangan dan kepastian sebelum aku mati..

“Salim… kau benci aku kah? Faizal cakap dekat aku yang kau benci aku, kau cakap dekat dia, dan kau kata aku gedik, kau benci aku, kau benci segala-galanya tentang aku. Betul kah Salim? Betul kah?”

Salim tak tahu yang aku telah telan ubat, mahupun menghiris tangan aku, mahupun aku telah mengalami mental breakdown yang teruk sekarang. Yang dia tahu hanyalah yang Faizal dengan aku telah bergaduh dengan yang teramat teruk.

“???? Apa yang kau cakap ni Syafiq? Aku tak pernah benci kau. Aku sedih dengan perbuatan kau, tapi tak sampai aku benci kau. Aku selama ni cuba menjauhkan bukan menjauhkan selama-lamanya.. aku cuba beri kita masa dan ruang untuk kau Syafiq! Untuk kau! Aku nak kau sembuh dan kembali seperti biasa…… aku tak pernah benci kau ataupun cakap apa-apa tentang kau dekat sesiapa…”

Aku tersenyum disebalik kesedihan aku, tapi pada masa yang sama, aku jadi semakin keliru dan semakin kecewa ; dengan segala-galanya. Entah. Aku sendiri tak mampu tafsir emosi dan fikiran aku sekarang.

Aku mula rasa takut, entah kenapa, aku sesak nafas – ya ini yang aku mahu. Aku mahu tamatkan kesakitan yang aku alami ni. Tak mampu lagi aku rasa selepas 12 tahun aku hadapi ; tapi aku rasa takut. Aku gagas mendapatkan telephone aku dan message Nasrullah untuk mendapatkan aku segera, aku nak lari dari rumah ini (kerana aku takut dengan Faizal) dan aku nak pergi ke hospital.

Nasrullah messaged aku segera dan terus cakap dia on the way, dan jangan risau, dia akan datang untuk selamatkan aku.

Aku di ruang tamu, badan aku mula rasa lemah, badan aku rasa sejuk. Perut aku rasa perit, lalu aku bergegas lari ke tandas dan muntahkan segala yang aku makan ; ubat-ubat yang aku telan tadi terutamanya, dengan darah mengalir keluar dari mulut aku, lidah aku rasa kelu dan kelat.

Aku kembali ke ruang tamu dan badan aku mula mengalami seizure, dan convulsion. Jantung aku mula kena serang. Kesan ubat? “Broken Heart syndrome”? entah. Yang aku tahu, aku rasa nadi aku dan nafas aku semakin tersekat dan badan aku rasa semakin sejuk.

Nasrullah, datang bersama keluarga dia, dan Zaharah datang serentak dan jumpa aku dalam keadaan kritikal, kemudian aku mula kabur pengelihatan lalu pengsan. Aku terdengar Zaharah panik dan kata dia tak dapat rasa nadi aku dan mereka perlu gegaskan aku ke hospital HKL.

Bila aku sedar, tangan aku rasa sakit, dan aku lihat seorang petugas di bilik kecemasan sedang mengambil darah aku, aku sedar sedikit yang aku berada di bilik kecemasan zon kuning, dengan Saline disalurkan kedalam pembuluh darah aku.

Zaharah di sebelah aku, cuba tenangkan aku

“Syafiq.. kau dah sedar? Alhamdulillah. Aku dengan keluarga Nasrullah bergegas hantar kau ke Hospital Kuala Lumpur.. kau dah selamat insya’allah. Nasrul dekat luar tu.. main dengan anak dia, isteri dia pergi beli makanan sekejap.. kau ok?” Zaharah bertanya aku sambil usap rambut dan tangan aku dengan penuh kasih sayang.

“ak..aku….sak..sakit…kep..kepala..” aku tak mampu bercakap seperti biasa.. aku mengalami mental breakdown yang teruk dan kesan cocktail ubat tu mengubah physiological dan mental aku. Aku hanya mampu tergagap-gagap. “mana.. Salim…? Salim okay?” aku tanya Zaharah.. “Kau rehat lah ya? Semua ok. Semua ok” dia cuba tipu untuk menenangkan aku.

Selepas beberapa hari, aku sedar. Aku dalam baju hijau, di dalam sejenis ward. Aku dalam keadaan panik dan bergegas bertanya kepada staff medical yang berdekatan, mengelak pesakit-pesakit yang pelik dan menakutkan.

“Tuan, saya di mana ni? Kenapa saya di sini? Saya nak balik. Tolong saya nak balik. Call ibu saya please” saya bertanya, merayu separuh menangis.

“Dik, adik cuba bunuh diri.. mengikut rekod kami, ni bukan kali pertama.. jadi adik kami terpaksa tahan untuk pemantauan dan untuk diberi kounseling. Lepas tu kita tengok macam mana ya?”

Aku kembali ke katil ku dan tidur di situ. Tidur? Lebih kepada menangis dan terketar-ketar ketakutan. Dengan bunyi gelak ketawa pesakit-pesakit di sini, aksi mereka yang pelik-pelik. Membuatkan aku rasa macam di neraka bercampur dengan memori aku tentang apa yang terjadi, kekeliruan dan pembulian kawan baik aku.. aku trauma.

Teringat pepatah dari buku Dante’s Inferno “Leave all hope ye who enter”. Aku disitu rasa kehilangan harapan, kehilangan tuhan, kehilangan segala. Aku gila kah? Aku rasa nihil. Aku rasa kosong.

Persis penjara. Dah lah aku terpenjara dalam memori aku, sekarang aku terpenjara dalam ward yang aku tak boleh keluar.

Malam itu, pada jam 2-3 pagi, aku diganggu oleh seorang pakcik bernama Abu. Dia selalu jalan tanpa hala tuju di dalam ward, dan akan ulang perkataan-perkataan dari zaman lampau dia. “Hello” “Apa kau nak” “Nak… baliklah nak” etc. contoh apa yang dia akan cakap seorang diri bila dia berjalan-jalan tawaf satu ward. Seram juga pada mulanya. Aku fikir Schizophrenia ni yang pakcik Abu hadapi ni.

Ada seorang pakcik yang di wheelchair yang duduk di sebelah katil aku, menghadap tingkap. Seolah berdoa.

Abu datang dan menerpa aku, tampar aku, dan marah aku macam dia anggap aku anak dia “kau jangan kurang ajar dengan aku. Kau tau tak apa kau buat tu salah.” Lepas tu dia tengok tingkap luar dan tunjuk kereta lalu lalang “nanti aku suruh diorang datang amik kau. Kau nak?” Aku tengok gelagat dia, aku jadi lagi takut lalu aku tolak dia, aku suruh dia jangan ganggu aku.  Kemarahan aku tetap ada, aku tetap aggressive walaupun takut.

Dia tersenyum, Nampak gigi kuning dan hitam dia, dengan perut boroi tak berbaju dia; dia berlalu pergi.

“He won’t hurt you. He is just playful and teases the newcomers a lot” kata pakcik dalam wheelchair tu.

Pada mulanya, aku tak faham apa yang dia cakap, sebab dia cakap lambat dan lidah dia tebal, putih – penyakit lidah mungkin. Tapi semakin aku cuba dengar, semakin aku dapat tangkap apa yang dia cuba cakap. Di situ mulanya saat aku belajar sesuatu bila aku dalam ward sakit jiwa tu; DENGAR & FAHAMI walaupun dari kesunyiaan, dari orang yang dianggap “tidak waras” dan sebagainya. Dengar dan fahami.

Kemudian aku mulakan perbicaraan aku dengan dia, setelah beberapa hari di dalam ward tanpa komunikasi dengan sesiapa, seorang diri selalu.

“So what’s your name uncle? My name is Syafiq” aku mulakan perbicaraan

“I am known as Alexander. I used to go by the name Iskandar before I murtad” he laughed.

“I used to live in Penang, and then Kuala Lumpur. I used to be surrounded by girls, alcohol, go to mosque but then I surround myself with vice. Even the ustaz friends of mine joined me. Hypocrites” He continues babbling.

Turns out he used to be a Penangites, a singer here in Malaysia and then migrated to Australia due to his apostasy. He came back to Malaysia to find his family, he misses them, but he was sent here because they thought he was crazy. He wasn’t. I could see tears in his eyes. Aku tahu dia rindu semua masa lampau dia. Air mata dia berlinangan.

“I miss home. I don’t know what is home anymore. Maybe back there in Australia ey?” he giggled and sniffed sadly, and he continues to sit close by the window and pray to Jesus, and the holy spirits; dan aku di situ, perhati dia – dan nampak harapan dia untuk keluar, harapan dia kepada tuhan.

Hari semakin hari, rasa macam dalam penjara pon ada dan rasa macam tak mampu dah aku nak keluar. Nak tidur pon susah, nak makan pon tak lalu – dengan kantin penuh dengan orang yang tidak mempunyai kewarasan yang dianggap normal – dan minda aku masih terfikir tentang apa yang berlaku kepada aku. Merindui Salim. Aku harapkan Salim datang menjenguk aku, bertanya tentang keadaan aku sekarang.

Kenapa masih aku fikir tentang Salim? Mungkin kerana dia adalah kawan baik aku yang banyak bagi impak positif selama setahun lalu. Anchor kehidupan aku.

Bila mama dan Zaharah datang lawat, aku rayu kepada mereka untuk aku bertemu dengan Salim. Mereka angguk dan mendakap aku, “kami akan usahakan ya?” mereka cakap.

Mama datang dari Penang; bergegas datang ke Kuala Lumpur lepas dapat tahu aku cuba bunuh diri, dan dimasukkan dalam ER dan kemudian ward psychiatry.

Satu hari, ketika rakan-rakan aku dari Penang datang untuk lawat aku, Christ dan Joseph datang. Mereka membawa aku McDonald untuk aku jamah. Alhamdulillah! Setelah seminggu makan makanan yang langsung tak bagi aku selera, ada juga yang bagi aku bernafsu – seorang kenalan aku yang baru aku kenal sebulan sebelum kejadian aku cuba menamatkan riwayat aku, Edry, datang melawat aku, umpama mimpi yang tiba-tiba datang menjelma.

Kenapa? Kerana ketika aku, Chris, Joseph bercakap tentang Edry, Edry muncul. Kawan aku berdua beransur pergi dan kenyit mata kepada aku “good luck” mereka membisik.

Edry datang dan mendakap aku, menangis dan kemudian bertanya khabar aku, bagaimana keadaan aku, apa yang berlaku. Aku luahkan segala, dan kemudian dia memberi hadiah kepada aku “I’ll bring you the Sun” buku kegemaran dia, dan sketchbook setebal kitab agama.

Aku rasa bahagia, tapi pada masa yang sama, aku rasa pahit.

Kenapa kenalan aku, Edry, yang baru aku kenal, yang datang dari Dengkil, sanggup datang bersusah payah untuk lawat aku di HKL tapi kawan-kawan aku yang aku kenal setahun lebih susah untuk bertemu? Aku keliru. Aku sedih. Mungkin mereka sibuk? Mungkin aku tidak lah bermakna dalam hidup mereka? Hanya melukut ditepi gantang mungkin. Tak guna. Useless. Bak kata Faizal.

Aku menangis kembali.

Beberapa malam kemudian, kami diperkenalkan dengan seorang pesakit baru – seorang lelaki afrika dari Sudan. Semua pesakit termasuk staff takut dengan dia kerana dia berbadan besar, sado, perangai tak menentu dan memang sangat kuat dan pernah Nampak dia bergaduh dengan pesakit lain sebab ada orang panggil dia negro dan tolak dia (macam mana lah dia tak marah kan?) Rasisme dalam wad masih ada, melayu tetap melayu dengan perangai mereka kadang-kadang.

Aku pada mulanya tak selesa dengan dia tapi ada satu kejadian yang mengubah persepsi aku terhadap pesakit mental, manusiawi, dan ketuhanan.

Dia setiap hari akan mengaji ayat-ayat al-Qur’an, dan datang kepada katil aku dan tanya samada aku ada Qur’an atau tidak, dan aku cakap aku tiada Qur’an kerana staff tak bagi bawak barang-barang dalam wad takut pesakit lain buat hal. Dia juga mampu bercakap dalam bahasa melayu “Saya Ahmad, saya sudah berada di Malaysia selama 8 tahun.. di tangkap kerana orang anggap saya penjenayah. Satu Malaysia. Malaysia boleh.” Kami semua ketawa dan berdiskusi dengan dia tentang negara dia, pengalaman dia di sini dan sebagainya.

Pada satu malam, pakcik yang mempunyai schizophrenia tu tercirit dan terkencing sewaktu dia tidur, dia menangis dan tiada siapa yang bantu. Lelaki Sudan tu bangun dan pimpin pakcik tu dan mandikan dia, dan kemudian letak bedak di badan dia, dan kemudian bermain dengan dia; dengan menolak dia dengan kerusi roda sekeliling ward.

Aku tersenyum seorang diri terfikir orang diluar sana, mesti fikir orang-orang yang gila macam ni tak ada kewarasan, tiada kemanusiaan.. tapi.. yang lelaki Sudan yang ditakuti orang ni? Boleh menjaga dan bermanja dengan pakcik Scizophrenia yang boleh dikatakan “disable” sebab hanya mampu bercakap sepatah dua melalui memori dan berjalan tak tentu arah sana sini.

Untuk beberapa hari, aku menjadi kawan baik dengan pakcik Schizophrenia tu, dia mampu mengaji alQur’an jika diberi bait-bati seperti surah Yassin, Alfatihah, dan boleh dibacanya dengan lancar. Aku tanya dia juga “sayang tak isteri pakcik?” tiba-tiba dia duduk tepi aku dan dia menangis “sayang. Rasa malu. Jadi macam ni. Takde maruah. Macam Binatang”. Aku tersentap, dia masih ada kemanusiaan dan masih ada bait-bait kewarasan walaupun dulu aku anggap dia memang 100% gila.

Apa tu gila? apa tu kewarasan? aku mula persoal tentang perkataan tu, tentang betapa kita salah faham mereka selama ni. Termasuk aku.

Aku juga berkawan dengan seorang lelaki Myanmar bernama Kao Seth yang selalu suka curi barang orang, tak mampu berbahasa melayu sangat, dan suka lakukan kerja berulang kali. (dia akan mandi 10 kali dalam masa 5 minit, gosok gigi sampai berdarah, tukar baju berulang kali… kasihan) tapi dia juga pandai menyanyi dan dia, bersama kawan aku seorang lagi Kamal yang katilnya tepi aku, kawan baik Kao Seth akan menyanyi bersama-sama, dan aku juga turut menyanyi. Rasa bagaikan dah jadi kawan, dah jadi family. Kao Seth selalu ceritakan sedikit yang dia rindu ibu dan ayah dia, dan tunjuk kepada tattoo di lengan dia, yang mempunyai nama ayah dan ibu dia, dan gambar kekasih dia, dan sebagainya. Walaupun mereka dianggap “gila” di mata masyarakat, bila aku disini, aku Nampak mereka tiada beza dengan manusia di luar sana, yang mempunyai sejarah, mempunyai harapan, mempunyai kesedihan, kegembiraan, kemanusiaan. Aku rasa lagi selesa dan tenang bersama mereka di sini, walaupun mereka ini “gila” dari manusia yang diluar sana, yang lebih bahaya dari mereka di sini. Di sini, segila-gila mereka, mereka mampu berkongsi makanan, bantu membantu, sayang-menyayangi satu sama lain, di luar sana? Aku sendiri hampir diancam bunuh oleh kawan aku yang “waras”, dimanipulasi keadaan untuk membuat aku jadi lagi tertekan. Siapa yang “kurang waras” sebenarnya?

Lelaki Sudan itu selalu teman aku bila aku makan seorang diri ketika waktu makan. Dia selalu ceritakan tentang rindu dia terhadap negara dia, Sudan. Dia ajar aku berbahasa arab sedikit, dan dia akan tanya aku tentang falsafah Islam aku dan bertukar pandangan dengan aku tentang falsafah dan pandangan aku tentang Islam. Bagi dia, Syaitan tu bukanlah makhluk yang bertanduk, tapi, bagi dia, dalam bahasa arab fushah, Syaitan bermaksud tenaga yang tidak baik, dan manusia banyak syaitan (manusia yang mempunyai tenaga dan perangai yang tidak baik), dan dia kata, neraka bukanlah selepas kita mati, tetapi sekarang, di dunia “lihatlah sekeliling mu, adik.. adakah ini syurga? Adakah ini realiti yang kita mampu terima? Neraka hampir sama dengan apa yang kita lalui sekarang. Bunuh, perang, bunuh, rogol etc. Neraka itu sekarang” tiada beza pandangan dia terhadap syurga dan neraka dia dengan aku, seorang agnostik yang mencari ketuhanan melalui jalan Sufi.

Mereka gila? Tidak lagi bagi aku. Mereka manusia yang mempunyai masalah mental yang perlu dirawat, tetapi selain dari itu, mereka adalah manusia yang hebat-hebat berlaka. Aku sayang mereka.

Selepas beberapa hari menunggu mama datang dari Penang ke Kuala Lumpur, akhirnya mama sampai.

Mama melawat aku dalam ward bersama keluarga aku yang lain, mereka membawa cerita bahawa aku akan dikeluarkan dari ward tu dalam masa terdekat kerana aku OK, dan tiada sakit jiwa mahupun apa-apa, kecuali tendency untuk aku bunuh diri aku tu yang tinggi membuatkan aku bahaya dan perlu dalam pantauan. Doktor semua puji yang aku “high functioning” dan bijak, tak layak aku di sini, di sini bukan tempat untuk orang macam aku.

Mama juga bercerita yang, ketika dia berada di Kuala Lumpur untuk mengambil barang-barang aku di rumah sewa – dia di biarkan diluar rumah sewa sedangkan “kawan baik” aku ada dalam rumah tu selama 3 jam dan bila adik angkat aku call tuan rumah untuk dapatkan bantuan; dari Kuantan dia pecut ke Gombak untuk membantu mama aku.

Setibanya tuan rumah datang ke rumah sewa aku tu, Faizal cuba lari, dan Mama bagitahu Salim juga berada di situ (aku terkejut – sedih juga mungkin; kenapa Salim tak bantu Mama untuk masuk dapatkan barang aku sedangkan aku selalu kirimkan salam sayang dan salam rindu Salim kepada Mama dan vice versa) dan mereka cuba pecut keluar dari rumah tu, sambil Faizal menjerit “Kami takut Syafiq nak bunuh kami! Syafiq gila! Syafiq gila!”

Salim sudah turun ,tapi tuan rumah tegas Faizal datang balik atau akan dipanggil polis.

Faizal menjerit dekat tuan rumah dan dekat mak aku

“Kau tahu anak kau? Anak kau gila! Dia nak bunuh aku! Aku rasa lega hati dia dah keluar dari rumah ni. Memang dah lama aku nak dia keluar. Aku benci dia tapi dia tu susah nak dihalau macam lipas. Hahahahahah. Oh ya, gaji dia aku tak akan bayar, dah la selalu bayaran rumah, bayaran bil electric, semua tertunggak sebab dia.. tak guna.”

(Mama terfikir dalam hati : “bukan anak aku ke selalu minta duit pendahuluan untuk bayar untuk kau orang semua sebelum ni..anak aku yang selalu message dan call aku kalut minta duit untuk bayar duit electric, duit sewa dan aku yang bagi RM3000 untuk bayar pendahuluan rumah sewa. Penipu”

Mama bagitaw aku keadaan bilik aku lagi teruk dari sebelumnya, sebab adik angkat aku pernah masuk ketika ingin selamatkan aku bila aku dalam keadaan kritikal untuk ambil sample ubat-ubatan untuk rujukan doktor ER.

“Gambar-gambar mama, gambar Syafiq masa baby semua tu, Syafiq koyakkan ke? Mama nak Syafiq jawab jujur. Mainan Syafiq, Syafiq koyak bagi hancur terburai semua ke? Dan barang kemas Syafiq.. mana pergi?”

Aku jadi terketar-ketar, aku menangis, tergagap-gagap dengan apa yang aku dengar. Salim bersama Faizal? Barang-barang aku hilang? Gambar-gambar aku koyak? Aku tak mampu hadapi benda ni semua. Aku semakin keliru. Banyak sangat “What, why, how, why why why why” dalam otak aku.

Air mata aku jatuh berderai, tanpa henti, aku tak kisah siapa dengar dan siapa lihat… hati aku hancur sehancur-hancurnya. Minda aku juga hancur, rasa bagai kaca yang pecah retak seribu. Keliru. Sakit. Geram. Sedih. Aku tertanya-tanya kenapa Faizal membenci sangat aku sampai tahap macam ni?

Mama dan adik angkat aku datang dan peluk aku, kami tiga-tiga nangis bersama dan mama cakap “Sabar lah nak, nanti kita balik Penang, kita sembuhkan Syafiq dan kita jadi lagi hebat dari sebelum ni ya?” dan kemudian lelaki Sudan yang aku berkenalan tu datang dan menyapa aku “adik, sabar, tuhan maha melihat, maha mendengar, maha adil.. tunggu dan sabar” dan dia beransur pergi.

Informasi yang aku terima sebentar tadi terlalu berat bagi hati dan akal aku yang masih rapuh, aku dipimpin ke katil ku oleh keluarga aku dan dibaringkan dan diselimutkan. Mama cium pipi aku, air mata dia berlenangan “Sabarlah sayang, nanti keluar, mama jaga Syafiq dan kita akan pulihkan keadaan ya?”

Aku tak tahu nak fikir apa. Aku ambil sudu tumpul dan patahkan, jadi tajam dan aku hiris lengan aku untuk rasa sesuatu selain kebas, dan kesakitan dalam otak aku.

Pulih apa? Keadaan apa? Kenapa Faizal buat begitu? Kenapa Salim berada di sana? Mereka bersama kah? Kenapa Salim tak tegur Faizal tentang perbuatan dia? Kenapa kawan-kawan aku yang lain tak tegur dan marah Faizal? Kenapa, kenapa, kenapa, dan terfikir pulak barang-barang aku yang dihancurkan oleh Faizal. Aku terus kemurungan dan jadi katatonik buat seketika; termenung, menangis, dan terketar-ketar dan akhirnya aku tertidur.

Dalam tidur aku, aku termimpi mama, aku termimpi Salim. Aku rindu dakapan Salim, aku rindu dipimpin tangan oleh Salim, aku tersenyum seketika dalam mimpi aku, kemudian aku terlihat kelibat Faizal dan senyuman sinis dia dan bila aku terjaga aku menangis kembali. Realiti aku bukanlah seindah mimpi aku. Sekarang, mimpi aku juga adalah mimpi buruk aku. Aku tiada lagi jalan keluar dari mimpi ngeri eksistensi ini… bila tidur tiada ketenangan, terperangkap dalam memori aku secara psikologi dan fikir ingin mati setiap saat akibat tidak tahan sakit psikologi yang orang lain tidak faham. Aku hanya ingin ketenangan dan aku ingin bahagia.

Aku berdiskusi dengan doktor tentang keadaan aku, tentang medikasi dan tentang rawatan selanjutnya, dan doktor beritahu aku, esok adalah hari terakhir aku disini. Aku rasa seronok, tapi pada masa sama, sedih – aku dah mula sayang mereka-mereka di sini, tapi ward ini bukanlah tempat aku… aku terpaksa kembali ke Pulau Pinang untuk pulih.

Aku kembali ke Pulau Pinang bersama ayah, mama, dan adik angkat aku dan segala barang aku yang aku ada di rumah sewa aku dibawa pulang melalui dua taxi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang. Aku menangis sepanjang perjalanan, dan dalam perjalanan aku kembali – aku putar ulang lagu Yunalis Zarai yang seolah bias keadaan aku sekarang :

Waktu mencemburui aku

Kota raya menjamah aku

Dimana perginya mimpiku

Mungkin dijemarimu

Kau menghidupkan semangatku

Kau memberikan harapan

Dan engkau rampas semula

Ku mencari jawapan

Di setiap persimpangan

Impian yang ku simpan

Hanya pada mu

Waktu mencemburui aku

Kota raya menjamah aku

Dimana perginya mimpiku

Mungkin dijemarimu

Kau menghidupkan semangatku

Kau memberikan harapan

Dan engkau rampas semula

Ku mencari jawapan

Di setiap persimpangan

Impian yang ku simpan

Hanya pada mu

Ku mencari jawapan

Di setiap persimpangan

Impian yang ku simpan

Hanya pada mu

KL KITA – Yuna dan Qi

Aku masih diberi peluang untuk hidup, untuk menjadi lebih baik. Ini bukan penghabisan, tapi pemulaan baru dengan pengalaman yang baru diajar oleh alam, diajar oleh Allah. Aku akan jadi lebih hebat dari dahulu, walaupun aku retak seribu, dari retak seribu ini aku akan cipta masterpiece seni yang menjadi kaguman setiap insan.

Aku belajar untuk “mendengar” ketika di dalam ward; mendengar jiwa aku, minda aku, hati aku dan juga dengan insan-insan lain. Aku belajar yang hakikat kehidupan itu luas; manusia bukan semua malaikat, dan bukan semua syaitan – boleh jadi yang kita anggap syaitan itu adalah malaikat dan sebaliknya dan paling ironis, aku rasa orang yang dianggap “gila” seperti mereka lebih selamat untuk didampingi dari manusia yang aku pernah dampingi; sekurang-kurangnya aku tahu mereka tak akan cederakan aku malah bantu aku tapi yang sepatutnya menjadi kawan baik aku dan yang menyayangi aku yang sanggup merancang untuk membunuh aku secara diam.

“Insya’allah, aku akan jadi lebih baik dengan semua pengalaman ini” bisik hati Syafiq, tersenyum walaupun dalam lenangan air mata.

Shafiq


We want to hear your story. Become a Relate contributor here

Exit mobile version