MINDA dan RELATE akan bekerjasama untuk menubuhkan TeamNotAshamed.

Anda hanya perlu ikuti langkah-langkah ini:

Langkah 1: Ambil gambar anda memegang tanda yang bertuliskan #ImNotAshamed.

Langkah 2: Tweet gambar anda kepada @mindakami @relatemalaysia atau e-mel kami di teamnotashamed@relate.com.my

Anda boleh berkongsi tentang keadaan kesihatan mental anda jika anda mahu, ataupun tidak. Semuanya terpulang kepada anda.

Penyertaan anda boleh digubal dalam apa-apa bahasa yang diingini. Kita kan orang Malaysia! Kepelbagaian budaya kitalah yang membuatkan Malaysia Boleh!

stand together

Yang paling penting, anda tidak perlu ada kesakitan mental untuk menyertai kempen ini!

Mari memerangi stigma dan bersatu untuk kesihatan mental.

 

Kami perlukan anda untuk berganding bahu dengan kami. Kesihatan mental ialah isu yang melibatkan seluruh rakyat.

RELATE