To donate, please click here:
http://igg.me/at/SFrD0MWE-Zs/shre/15259934
The 2015 National Health and Morbidity Survey found that 1 in 3 Malaysians are suffering from a mental health problem. There are only 1 psychologist and 1 psychiatrist per 100000 people. That absolutely blows my mind. There are very few mental health resources in Malaysia, and in particular for Bahasa Malaysia speaking individuals.
30% of ethnic Malays suffer from a mental health problem, which works out to be about 18% of the population of Malaysia or 4.5 million people. Even less publicized and more urgent is that 41.1% of indigenous people who speak mainly Bahasa Malaysia suffer from a mental health problem. The people most at risk for a mental illness are also the most impoverished in our nation. The best estimate is that about 50% of Bahasa Malaysia speaking individuals do not speak English. This means millions of individuals suffering from a mental health problem have limited access to information on mental health. They urgently need our help!
Mental illness is an issue that even politicians are reluctant to talk about (http://m.malaysiakini.com/news/359573). With 1 in 3 Malaysians suffering from psychological distress, we cannot afford to wait until this topic is no longer taboo or until the prevalence rate increases again. We cannot afford to wait for the government to make this a priority. We, the people, can start making mental health care accessible to all. In 1996, the prevalence rate was 10.6 %, and today it is 29 %. The people must speak up and make this an issue for it concerns us all. It is beyond race, religion, gender and age. There is no health without mental health.
This project aims to translate www.relate.com.my from English to Bahasa Malaysia in order to increase public awareness of mental health in the Bahasa Malaysia speaking community. The funds raised will also be used to translate mental health screening tools from English to Bahasa Malaysia. The tools will be available for free on the website. This will serve two purposes. 1. To provide Malaysians with a free online mental health checkup. 2. To gather prevalence data on common mental illnesses such as depression and anxiety in Malaysia.
I am working with a group of certified translator who are also passionate about mental health issues. The cost per source word is .10 cents.
For more information, please see:
WHO profile of Malaysia’s mental health
http://www.who.int/mental_health/evidence/atlas…
The National Health and Morbidity Survey
http://www.iku.gov.my/images/IKU/Document/REPOR…
Tan, Ying Ying. (2003). “Reading the census: language use in Asia”. In: Lindsay, Jennifer and Tan Ying Ying (eds.). Babel or Behemoth: Language Trends in Asia. Singapore: Singapore University Press. pp.175-210.
Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015, 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan mental. Akan tetapi, kita hanya mempunyai 1 ahli psikologi dan 1 pakar psikiatri untuk setiap 100,000 orang. Ini benar-benar merungsingkan saya. Tambahan pula di negara kita, sumber maklumat berkenaan kesihatan mental adalah sangat sedikit, khususnya di dalam Bahasa Melayu.
Terdapat 30% orang dari kaum Melayu mengalami masalah kesihatan mental. Ini bersamaan dengan kira-kira 18% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia (atau 4.5 juta orang). Apa yang lebih membimbangkan dan perlu diberi perhatian ialah 41.1% orang daripada kaum orang asli yang bertutur dalam Bahasa Melayu juga mengalami penyakit mental. Orang-orang yang paling berisiko untuk menghidapi penyakit mental juga adalah daripada golongan yang paling miskin di negara kita. Terdapat anggaran bahawa kira-kira 50% daripada individu yang bertutur dalam Bahasa Melayu tidak boleh berbahasa Inggeris. Ini bermakna berjuta-juta orang yang mengalami penyakit mental tidak boleh mendapatkan akses atau mempunyai akses yang sangat terhad kepada maklumat mengenai kesihatan mental. Mereka amat memerlukan bantuan kita semua !
Penyakit mental juga adalah satu isu yang ahli politik pun enggan sentuh (http://m.malaysiakini.com/news/359573). Dengan adanya 1 daripada 3 rakyat Malaysia yang menghidapi masalah mental, kita tidak mampu lagi untuk berdiam diri dan menunggu sehingga perkara ini menjadi lebih teruk. Kami juga tidak mampu untuk menunggu dan bergantung kepada kerajaan untuk memberikan perhatian. Kita sebagai rakyat seharusnya proaktif dan mengambil tindakan agar semua orang boleh mendapatkan penjagaan kesihatan mental. Pada tahun 1996, kadar prevalen masalah kesihatan mental di Malaysia adalah 10.6%, dan hari ini ia adalah 29%. Rakyat perlu bersuara dan mengambil tahu kerana isu ini melibatkan kita semua, tidak kiralah kaum, agama, jantina dan umur.
Projek ini bertujuan untuk menterjemahkan www.relate.com.my dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Ini adalah sebahagian daripada usaha kami untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental di kalangan masyarakat yang berbahasa Melayu. Dana yang diperolehi akan turut digunakan untuk menterjemahkan ujian saringan kesihatan mental. Ujian tersebut boleh didapati secara percuma di laman web kami. Ini bertujuan untuk 1) memberikan rakyat Malaysia pemeriksaan kesihatan mental percuma secara ‘online’ dan 2) untuk mengumpul data prevalen penyakit mental yang biasa dihadapi oleh orang ramai seperti kemurungan dan keresahan di Malaysia.
Saya akan bekerjasama dengan sekumpulan penterjemah bertauliah yang berminat dengan isu-isu kesihatan mental. Kos penterjemahan bagi setiap perkataan asal adalah 10 sen.
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan hidup kita. Sama-samalah kita turut serta dalam membantu rakyat Malaysia untuk lebih sihat dan produktif, demi masa depan kita semua.
Untuk maklumat lanjut, sila lihat :
Profil Kesihatan Mental Malaysia oleh WHO (dalam Bahasa Inggeris)
http: //www.who.int/mental_health/evidence/atlas…
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (dalam Bahasa Inggeris)
http: //www.iku.gov.my/images/IKU/Document/REPOR…
Tan, Ying Ying. (2003). “Reading the census: language use in Asia”. In: Lindsay, Jennifer and Tan Ying Ying (eds.). Babel or Behemoth: Language Trends in Asia. Singapore: Singapore University Press. pp.175-210. (dalam Bahasa Inggeris)
0 Comments